Apakah hukum main saham? Artikel ini akan membincangkan apakah hukum seseorang itu bermain saham. Adakah ia dibenarkan ataupun tidak.

Pengenalan

Pada musim pandemik sekarang, sudah ramai yang cuba berjinak-jinak dalam saham sebagai sumber pendapatan sampingan. Ada yang main Forex, ada yang main stock (saham) dan macam-macam lagi. Pada pengamatan mereka, mungkin lebih senang nak dapat duit. Iyalah, hanya duduk depan laptop masing-masing, tengok-tengok akaun bank bertambah wang. Mana tak syoknya.

Jadi, dalam artikel hari ini, saya akan membincangkan tentang hukum main saham. Dulu, sudah saya bincangkan tentang forex di sini

Sekarang ini pula, bagaimana dengan saham? Apakah saham itu sama macam jual beli mata wang?

Apa itu Saham?

Baik. Main saham ini adalah proses kita membeli peratusan tertentu daripada pemilikan syarikat. Contohnya, kita beli 10% daripada pemilikan syarikat, menjadi milik kita. MILIK, itu kuncinya. Jadi, keuntungan yang syarikat itu dapat, 10% daripadanya akan terpulanglah kepada kita. Sebab kita ada sahamnya. Nampak? Itu asasnya.

Beli saham syarikat dalam peratusan tertentu, lalu peratusan tersebut juga menjadi pulangan kita. Jadi, kalau syarikat rugi, kita rugi sama. Kalau syarikat untung, kita untung.

Tak betul kalau nak kata kita akan sentiasa untung. Itu silap. Kalau kita sudah tidak mahukan saham syarikat tersebut, kita boleh jual peratusan itu tadi. Jual kepada sesiapa yang sudi nak membelinya.

Bab Kewangan dalam Islam

Baik, dalam Islam, lagi-lagi bab kewangan, kita harus berpaksikan kepada kaedah ini:

Asal sesuatu itu harus, sehingga ada dalil yang menunjukkan ianya haram.

Asalnya, harus. Tapi, bila ada satu perkara yang JELAS menunjukkan ianya daripada sumber atau kandungan yang haram, maka haramlah ia. Dalam kewangan Islam, kita kena bebaskan apa-apa urusan kewangan daripada empat perkara ini:

  1. Riba (bunga)
  2. Gharar (keraguan)
  3. Maisir (perjudian)
  4. Bahan yang haram

Apabila ia terkeluar daripada keempat-empat hal ini, maka ia harus. Kena lihat juga, syarikat yang kita beli saham itu, syarikat jenis apa? Kalau syarikat itu berurusan dengan syarikat arak, atau syarikat itu sendiri mengusahakan arak, maka mudah kata, haram hukumnya.

Kalau kita tidak pasti apakah perusahaan syarikat itu, maka ia sudah jatuh dalam gharar, iaitu keraguan. Dalam kewangan Islam, kita kena jelas dengan segala gerak kerja syarikat supaya membolehkan kita mendapat gambaran jelas, sama ada nak beli saham ataupun tidak.

Dalam saham, tidak wujud sebarang spekulasi, ia semuanya bergantung kepada usaha manusia yang menjalankan syarikat itu. Jadi, bila-bila masa saja boleh untung, bila-bila masa saja boleh rugi. Tidak wujudlah istilah perjudian di sini. Sebab saham, ia merupakan pemilikan, ataupun ownership. Kita punya hak kita sebagai pemegang saham.

Satu lagi, jika saham itu ditetapkan dengan amaun tertentu, maka dengan amaun itulah yang kita transaksikan. Jangan lebih, ia akan jatuh kepada riba. Lebihan yang tidak adil. Kita setuju dengan harga tertentu, dengan harga itulah yang menjadi bayaran. Tak lebih, tak kurang. Kena tetap atau fixed.

Kita bebaskan daripada unsur-unsur haram ini, maka saham yang kita main itu menjadi halal.

Kita yang beli saham dikenali sebagai shareholder. Kita ada share dalam syarikat. Jadi, apa jua gerak geri syarikat, kia harus perhati dan bersuara kerana kita ada share. Kalau syarikat berusan dengan cara riba, maka menjadi tanggungjawab kita untuk tegur sepertimana yang disarankan oleh Maulana Taqi Uthmani.

Ini, saham biasa. Kita melabur dalam saham. Bagaimana pula, dengan saham trading? Apa beza saham investing dan saham trading?

Saham investing, jangka masa panjang. Kita beli saham, kita biar sampai setahun dan sebagainya. Ada dividen, kita dapat.

Saham trading pula, jangka masa pendek. Selalunya, dalam seminggu saja berlakunya jual beli share atau stock atau saham syarikat. Bila ada untung, kita beli. Kita rugi, kita jual.

Hukumnya, tetap sama macam saham biasa walaupun dimainkan dalam jangka masa pendek. Sama sahaja. Kita harus mengkaji, apa kerja syarikat itu? Apa urusannya? Apa yang diusahakannya? Semua itu harus dikaji. Kalau tersangkut dengan yang haram, maka ianya haram.

Saham Patuh Syariah

Di Malaysia, adalah mudah untuk mengenal pasti sama ada sesebuah saham syarikat itu patuh syariah ataupun tidak. Terdapat panel pakar yang menyaring sesebuah syarikat itu dan mereka akan melihat kriteria-kriteria yang tertentu untuk memastikan saham syarikat tersebut patuh syariah.

Sebelum anda membeli saham, anda perlulah mempunyai akaun CDS(Central Depository System) yang boleh didapati dari pihak bank dan juga pihak yang menyediakan khidmat ini. Dan jika anda ingin tidak terjebak terbeli saham yang tidak patuh syariah, bukalah akaun CDS jenis islamik. Sistem akaun tersebut akan menghalang secara automatik daripada terbeli saham yang tidak patuh syariah.

Kesimpulan

Main saham hukumnya halal selagimana ianya tidak ada kaitan dengan riba, gharar, maisir dan kandungan haram. Meskipun ianya investing mahupun trading.

Baca tentang Hukum yang lain

Hukum BerzinaHukum Cukur Bulu
Hukum Gantung Gambar dalam RumahHukum Gugurkan Kandungan
Hukum Main ForexHukum Warnakan Rambut
Hukum Baca Al-quran Ketika HaidHukum Buang Tahi Lalat
Hukum Makan Dakwat SotongHukum Berus Gigi Ketika Puasa
Hukum Cabut Rumput Atas Kubur

Rujukan

  1. Kertas kerja: Mahmudul Alam, Shahed Akhbar, Muhammad Shahriar, Monzur Elahi. (2017). The Islamic Principles for Investment in Stock Market Shariah.

Reach out

Find us at the office

Exel- Frazzitta street no. 61, 44925 Kingston, Norfolk Island

Give us a ring

Jovanny Boeding
+23 274 947 142
Mon - Fri, 10:00-21:00

Tell us about you